Sunday, January 31, 2016

Haul #42: September & Oktober

Haul untuk bulan September dan Oktober 2015

First from Guardian. Beli Silkygirl Eye Opener maskara (RM9.78) dengan Catrice All Matte Shine Control Powder (RM18.90). Disebabkan brand Rimmel dah takde, so aku ambiklah Catrice punya. Saja nak try. Manalah tahu okay ke...

Next, from Watson. Beli Bio Essence Miracle Bio Water (RM49.80). Masa tu ada promotion untuk member kalau tak silap. Nak try yang ni pulak since Avene facial mist tu dah nak habis. Lepas tu beli Pixy Gentle Moist Clensing Lotion (RM8.80). Suka pakai ni sebab dia sejuk dan berangin. Sangat effektif dalam menanggalkan mekap.

Seterusnya, Nivea Lip Essential Care (RM10.90). My favourite lip balm. Antara banyak-banyak lip balm yang aku pernah pakai, yang ni tak membuatkan bibir aku kering dan mengelupas. Memang jarang sangatlah kalau pakai ni. Kalau yang lain tu dah start kering, mengeras dan mengelupas dah. Yang ni tak pun. Memang suka sangat yang ni. Tu yang sampai beli 2 nih. Tapi entah kenapa dia tak tahan lama. Maksud aku kalau letak kat luar (suhu bilik/aircond), dia akan jadi macam lembik. Terpaksalah aku simpan dalam peti sejuk nak bagi dia keras sikit. Huhu...

Last sekali, from Aeon farmasi. Sebab cari tempat lain takde. Last-last beli kat sini je. Garnier BB Miracle Skin Perfector (RM14.13) ni kira oklah. Dia membantu mengurangkan visible pores dan mengurangkan minyak sikitlah. Aku pakai ni ganti pelembap sebelum pakai primer. Bedak Johnson (RM2.43) tu pakai lepas solat, bila malas nak pakai mekap balik. Senang nanti nak cuci muka balik.

Itu je haul kali ni. Semua harga adalah termasuk GST. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.