Friday, January 1, 2016

Pristine cereal & Yogood muesli

Aku beli set Pristine dan Yogood ni sebab saja nak try, sedap ke tak. Biasa aku beli Nestle Fitness. Suka makan Clusters Banana-Nut punya. Selalu ratah gitu je, tak campur susu. So kali ni ubah angin, try benda lain pulak. Kalau sedap bolehla beli lagi lain kali. Untuk permulaan aku belilah kotak kecik dulu. Nak merasa je pun.

First aku try ialah Chocolate & Nut Crunchy Muesli dengan Prebiotic Wildberry. Sorry, yang ni takde gambar sebab rosak pasal memory card problem haritu. Ini je yang tinggal lepas di retrieve balik. Huhuhu...
Macam makan coklat berbentuk cereal. Rangup. Pastu banyak kacang dalam tu.


Rasa chewy bila makan yang ni

Second Fruit & Nut Crunchy Muesli dengan Prebiotic Fruit & Nut.


Yang ni pun sedap jugak. Ada kismis, pisang dengan epal dan kacang hazelnut.

Last sekali Strawberry Crunchy Muesli dengan Prebiotic Muesli.
Ada kepingan strawberi kering (masam...)


Macam mana aku makan?? Mestilah dengan susu rendah lemak. Kebetulan pulak ada pisang dan buah strawberi, lagilah sedap.

Bagi akulah kan, aku lagi suka Yogood sebab dia punya crunchy. In fact semuanya rangup. Made with whole grain and high in dietary fibre, cholesterol and trans fatty acids free. Memang sesuai untuk orang yang nak diet.

Prisitne pulak bagus untuk usus sebab dia ada Bifido-Lacto Activator (BLA) yang menggalakkan pertumbuhan beneficial bacteria such as bifidobacteria and lactobacillus yang boleh mengurangkan pathogenic bacteria. Rasanya lebih kepada chewy, macam makan oat.

Kalau korang suka boleh campurkan kedua-dua jenis sekali. Ikut citarasa masing-masinglah. Aku campurkan sekali sebab beli kotak kecik, so kalau campur sekali dapatlah banyak sikit. Hehe..

1 comment:

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.