Monday, January 25, 2016

Shake n Take

Dah lama nak beli benda alah ni. Asyik tangguh je. Tunggu promotion. Ini pun beli kat Groupon. Smoothie Blender with 2x Detachable Travel Bottles (worth up to RM312) for only RM45. Dapat 2 botol pulak tu. Lepas tu boleh terus minum dari botol. Tak payah pakai gelas lain.

Dari dulu lagi teringin nak buat smoothie. Tengok Shake n Take ni taklah besar sangat macam blender yang kita guna untuk blend cili semua tu. Lagipun aku nak buat sikit je pun, bukannya banyak. Boleh blend buah dan ais, itu yang penting.

Sebelum beli, dah save dah a few recipe untuk jus blended ni. Bila dah dapat blender nanti kononnya nak trylah... Itu pun sebab nak campur dengan Shaklee ESP yang aku beli sebelum ni. Antara resepi yang aku dapat:
  1. ESP + kurma + susu rendah lemak / air suam - Buang biji dan rendam kurma dalam susu / air suam selama beberapa jam sehingga lembut. Kemudian blend dengan ESP. Kalau suka boleh letak ais sekali.
  2. ESP + susu rendah lemak + plain yogurt + buah (pisang, strawberi, mangga) + madu / ais (kalau suka) - Blend semua dan boleh terus minum.
  3. ESP + buah + ais (kalau suka) - Blend semua sekali dan boleh terus minum.
Sebenarnya ada banyak lagi resepi yang ada nak buat smoothie ni. Kalau nak buat ais blended dengan blender ni pun boleh. Ikut citarasa masing-masinglah. Tapi aku banyak pakai ESP sebab nak pelbagaikan minum ESP ni. Banyak resepi kat goole yang boleh korang cari. Rajin dengan tak je... Sekian sahaja untuk kal ni. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.