Sunday, January 3, 2016

Typo & Kikki K planner

Bila tengok orang pakai planner, aku pun gedik jugak nak pakai. :P Hehe... Actually sebelum ni aku pernah guna planner. Tapi sebab tak reti, maka ianya jadi tak menarik dan lepas tu aku jadi malas nak pakai lagi. Tapi lepas tengok orang punya planner dan beberapa video youtube tentang macam mana diaorang decorate diaorang punya planner, semangat tu semakin berkobar-kobar nak beli. So aku pun mulakanlah operasi mencari planner. Mula-mula beli Typo punya planner. Beli masa bulan Januari lepas. Itu pun dalam pertengahan bulan. Kemudian bulan Februari lepas aku beli satu lagi planner iaitu Kikki K Live Bright (discontinued). Lama jugak aku fikir. Sebab dah berkenan sangat dengan warna dan designnya, akhirnya aku beli jugak thru instagram seller. Memang excited jugaklah nak tunggu dia sampai.

Mula-mula Typo planner. Planner dia biasa-biasa je. Tapi sebab dia ada cover yang cantik so aku pun belilah. Aku beli terawal sikit sebab lepas tu ada pulak diskaun penghabisan stok. Melepas... :( Yang ni aku guna untuk office punya. Sorrylah sebab takde gambar dalam planner sebab dah corrupt. Huhu T_T. Tapi dalam dia biasa je, standard macam planner lain.


Lepas tu planner Kikki K Live Bright. Yang ni dalam saiz medium. Harga dalam RM160 kalau tak silap. Berkenan punya pasal, belilah jugak walaupun harga dalam 100++. Rasanya dia dah discontinued dah sebab tengok kat website dia dah takde dah. Yang ni aku guna untuk personal je.














Cover dia lembut macam kain tapi taklah lembik sangat. Keraslah jugak. Cuma senang nampak kotorlah. Kertas dia agak nipis. So aku tak berani pakai dakwat basah sebab takut bleed ke apa. Pastu kalau letak paper clip ke mesti berbekas. Aku tak tahu macam mana orang lain boleh accept this sebab aku tak suka sangat. Huhuhu...

Planner ni jenis ring binder. Warna gold pulak tu. Kat belah depan ada 3 internal pocket. Ada monthly dan weekly view, address section, birthdays & anniversaries section, shop & restaurants section, to do list, expenses list dan additional notespad. Kalau korang rasa nak beli Kikki K punya planner bolehlah pergi tengok sendiri kat website dia. Bagi orang yang ada paypal/kad kredit, mungkin takde masalah. Tapi bagi korang yang takde semua tu korang boleh je beli kat ebay ke ataupun insta seller. Aku beli dengan seller kawaiistationery4u. Dia kerap jugaklah ambik order planner Kikki K nih. So bila dia open pre-order, terus aku grab opportunity tu. Takdelah kena tunggu lama sangat. Dalam 3-4 minggu kalau tak silaplah...

So itu sajalah untuk kali ini. Nak tahu apa planner aku untuk 2016?? Tunggu entry akan datang. Lepas aku habiskan entry tertunggak tahun 2015. Bye...

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.