Monday, March 7, 2016

2016 gadget wishlist

Dah lama tak buat wishlist. Apatah lagi gadget punya wishlist. Last time aku buat pasal nak beli telefon baru. So sempena tahun 2016 ni aku nak senaraikan apa yang aku nak dan aku akan cuba usahakan untuk capai wishlist aku tu sebelum tahun 2016 berakhir.

First gadget wishlist is new smartphone. Asalnya aku tak nak beli smartphone tapi sekarang ni banyak smartphone dijual kat luar sana. So nak tak nak kenalah adapt dengan perkembangan semasa kan?? Cewahh... Apa-apa pun aku dah fikir masak-masak nak beli smartphone brand Samsung sebab dah biasa pakai phone jenis android. Nak pakai Iphone takut tak reti, Lagipun terlalu mahal, lari bajet aku ni hah... Phone Samsung ada yang murah sikit.
Yang mana satu ek??

Second wishlist is tablet. Sebenarnya tujuan aku nak beli tablet ni sebab senang aku nak surf internet dan tengok email. Bukan tak boleh tengok dalam smartphone tapi tak puas sebab skrin kecik. Nak pakai PC pulak kena tunggu takde orang pakai baru aku boleh pakai. Berebut dengan family sendiri. Dah berkongsi, terpaksalah... So kalau aku beli tablet nanti at least takyahlah berebut dengan family aku lagi dah. Nak beli laptop pulak terasa macam besar sangat. Aku just nak bukak email dengan surf internet je pun. Nantilah, suatu hari nanti. Buat masa ni just nak beli tablet je. Tapi aku berbelah bahagi antara Samsung dengan Apple. Nak pilih yang mana satu ek??


Lastly Ipod. Dah lama dah nak beli Ipod ni. Nak save semua lagu dalam tu lepas tu bolehla dengar. Kalau letak dalam phone dia akan makan space dalam phone pulak. Dahla banyak apps dalam tu takut nanti habis memory. So better aku asingkan supaya tak ganggu urusan dalam phone aku tu. Hehe..

So what is your gadget wishlist??

Latest info: Kalau sesiapa yang follow instagram aku mesti dah tahu yang aku dah capai salah satu wishlist aku tu. ^_^

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.