Saturday, April 9, 2016

Telefon baru

Setelah bersusah payah aku menyimpan duit sikit, akhirnya aku telah berjaya membeli telefon smartphone pertama aku sendiri. Hooray!! Susah ooo nak simpan duit. Setiap bulan kena strict dan disiplinkan diri untuk simpan. Huhuhu...

Sunday, April 3, 2016

Perihal Hotlink

Ini cerita pasal line Hotlink yang aku pakai lebih kurang dalam 14 tahun lamanya. Sebelum ni takde masalah apa-apa, tapi bulan 12 lepas, tiba-tiba muncul masalah pulak...

Aku tak boleh call out, tak boleh hantar sms... Bila check baki, tak keluar amount. Aku call lah Hotlink. Tanya apa masalahnya. Dia kata aku kena register no. aku tu kat Maxis centre. Ada maklumat tak lengkap katanya. Tapi masalahnya, no aku tu didaftarkan atas nama ayah aku. So kalau nak kena lengkapkan pendaftaran ke apa, kena tuan asal yang pergi. Dia tak nak orang lain melainkan pemilik asal. Aduh... Baru aku ingat... Sebelum ni ada dapat sms suruh register tapi ayah aku kata ignore kan je. Ni lah jadinya bila tak ambik kisah (-_-). Dah la kena pergi Maxis centre nak register bagai, lepas tu kena ayah aku yang pergi dan bukan aku. Kalau ayah aku ada kat KL ni, memang aku dah suruh dah. Masalahnya, dia takde kat KL. Dia ada kat Kelantan sana tuh... Terpaksalah aku tunggu ayah aku datang KL nanti, baru boleh pergi Maxis centre. Bolehla tukar nama sekali ke.. Ayah aku pulak entah bilalah baru balikkan... Kebetulan, awal bulan Januari lepas ayah aku nak datang KL sebab ada kerja. So bolehlah pergi.

Saturday, April 2, 2016

Planner Paperdorable

Mula-mula aku jumpa planner ni kat Instagram. Cantik. Made in Malaysia pulak tu. Personal Dream Planner ni ada 2 pilihan warna. Pink flamingo dengan Denim blue. Fikir punya fikir, aku buat keputusan nak ambik warna biru. Nampak profesional sikit. So aku pun orderlah kat website dia. Harga RM179 free shipping. Memang sesuai sangat kalau letak kat pejabat ke kan..