Sunday, April 3, 2016

Perihal Hotlink

Ini cerita pasal line Hotlink yang aku pakai lebih kurang dalam 14 tahun lamanya. Sebelum ni takde masalah apa-apa, tapi bulan 12 lepas, tiba-tiba muncul masalah pulak...

Aku tak boleh call out, tak boleh hantar sms... Bila check baki, tak keluar amount. Aku call lah Hotlink. Tanya apa masalahnya. Dia kata aku kena register no. aku tu kat Maxis centre. Ada maklumat tak lengkap katanya. Tapi masalahnya, no aku tu didaftarkan atas nama ayah aku. So kalau nak kena lengkapkan pendaftaran ke apa, kena tuan asal yang pergi. Dia tak nak orang lain melainkan pemilik asal. Aduh... Baru aku ingat... Sebelum ni ada dapat sms suruh register tapi ayah aku kata ignore kan je. Ni lah jadinya bila tak ambik kisah (-_-). Dah la kena pergi Maxis centre nak register bagai, lepas tu kena ayah aku yang pergi dan bukan aku. Kalau ayah aku ada kat KL ni, memang aku dah suruh dah. Masalahnya, dia takde kat KL. Dia ada kat Kelantan sana tuh... Terpaksalah aku tunggu ayah aku datang KL nanti, baru boleh pergi Maxis centre. Bolehla tukar nama sekali ke.. Ayah aku pulak entah bilalah baru balikkan... Kebetulan, awal bulan Januari lepas ayah aku nak datang KL sebab ada kerja. So bolehlah pergi.

Aku ambik cuti half-day semata-mata nak pergi Maxis centre. Adik lelaki aku ikut sekali. Dia jadi drebar kitaorang. Bila dah sampai sana, ada staff Maxis tu assist lah kitaorang. Dia tanyalah aku nak buat apa. Lepas tu dia suruh ambik no. Inilah first time aku pergi Maxis centre kat KLCC tu. Ambik no. pun pakai sms. Lepas tu tunggulah turn aku dipanggil. Kaunter Hotlink ada kat belakang sebelah kiri lepas masuk main centre tu. Bila no aku kena panggil, aku pun pergilah kaunter berkenaan. Cakaplah kat staff Hotlink tu aku nak tukar nama. Dia mintak IC lepas tu dia check kat system dia. Aku tanyalah kalau nak tukar simkad baru macam mana. Tapi dia macam endah tak endah je jawab soalan aku tu(-_-‘). Lepas dah check system, dia bagitahulah yang ayah aku dulu ambik student plan so memang tak boleh tukar nama. Melainkan kalau aku tukar ke postpaid, baru boleh tukar nama. Lepas tu tukar balik ke prepaid. Hai... Nak tukar nama pun masalah.

Bukan tak boleh tukar, boleh... Tapi aku tak nak pakai postpaid. Banyak benda nak kena consider dulu sebelum tukar postpaid. Macam boleh ke aku bayar bil nanti?? Berapa pulak yang dia akan caj?? Lepas tu mesti ada caj tersembunyi ke apa ke... Macam mak aku. Bila dapat bil, tiba-tiba diaorang caj macam-macam padahal mak aku bukannya ada hantar mms ke apa. Lepas tu kalau dah tukar bil dan tukar balik ke prepaid, mesti dia ikut macam simkad baru punya pelan kan?? So maknanya tak bolehlah aku beli tempoh macam pelan yang lama (pelan baru Hotlink takde pilihan tu). Lagipun kalau nak tukar balik ke prepaid mesti kena datang balik ke centre, kan?? Nanti kang entah apa pulak alasan dia bagi. Aku tak boleh nak decide masa tu. Tambahan pulak hati aku agak berat nak tukar ke postpaid. So fikir dalam masa yang singkat tu aku pun buat keputusan untuk kekal dengan prepaid walaupun atas nama ayah aku. Harap-harap lepas ni takdelah apa-apa masalah lagi.

Masa dia tengah update registration tu, ada sorang staff lain tanya kenapa aku tak nak tukar ke postpaid?? Kalau ikut hati aku nak je cakap suka hati akulah kan tapi tak tercakaplah. Lepas tu staff yang entertain aku tu cakaplah kat kawan dia yang dia dah explain kat aku tapi aku yang taknak. Dari gaya dia cakap tu macam perli aku tapi aku buat tak tahu je.

Dah selesai semua, dia bagi simkad baru. Lepas sejam baru boleh guna. Oklah, sebab telefon baru aku tu pakai simkad micro. Dulu simkad aku jenis yang besar tu. Tak muat nak masuk. Kalau potong takut terkena cip tu pulak. Nak tak nak kenalah tukar simkad baru. Lepas ni bolehlah pakai telefon baru. Yay!! (^_^)



No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.