Saturday, April 9, 2016

Telefon baru

Setelah bersusah payah aku menyimpan duit sikit, akhirnya aku telah berjaya membeli telefon smartphone pertama aku sendiri. Hooray!! Susah ooo nak simpan duit. Setiap bulan kena strict dan disiplinkan diri untuk simpan. Huhuhu...

Sebelum ni aku pakai phone lama mak aku je. Mula-mula Samsung Corby. Lepas tu X Mobile Note II. Corby tu ok tapi dia telefon biasa dan bukan smartphone. X Mobile tu pulak banyak masalah bila pakai. Macam-macam masalahnya... So setelah lama berfikir, akhirnya aku buat keputusan untuk membeli telefon baru. Tapi masalahnya aku tak tahu nak pakai phone apa. Last-last aku ambik brand Samsung gak sebab dah biasa pakai kan...




Harga basic phone RM799 + tempered glass RM25. Belikat KL Festival, Setapak. Original. Asalnya nak beli kat kedai Samsung tapi dia takde warna putih. Lepas tu carilah booth Samsung yang ada jual warna putih. Nasib baik ada. Takut gak kalau-kalau warna putih ni dah takde stok. Lega... Nasib baik dah tukar simkad baru haritu (rujuk sini). Aku pun try lah godek-godek telefon tu. Download apa yang patut, transfer phonebook dari simkad lama ke simkad baru. Nasib baik aku sempat save phonebook tu sebelum simkad lama tu jadi invalid. Lepas dah setel semua barulah boleh pakai dengan tenang...

kiri tu telefon lama..




Picture credit to Samsung Malaysia

Best jugak pakai telefon Galaxy J5 (walaupun aku beli yang 1st edition punya). Sebab gambar dia lagi cantik dari telefon lama aku (Super AMOLED display). Lepas tu dia ada Smart Manager dimana aku boleh check battery status, storage dengan RAM percentage dan aku boleh clean storage dan RAM daripada unnecessary apps. Ia juga ada power saving dimana dapat menjimatkan penggunaan bateri telefon. So takdelah kerap sangat charge phone je kan.. Telefon ni sebenarnya dual-sim tapi aku just guna 1 simkad jelah.. Telefon ni kecik sikit dari telefon aku sebelum ni. Aku tak nak besar sangat macan J7 or kecik sangat macam J1 or J3. Kiranya yang ni ok lah..

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.