Sunday, June 19, 2016

Roti John homemade

Siapa tak kenal roti john. Kat pasar malam mesti ada orang jual. Tapi bila time puasa je, terasa pulak nak makan. Hari-hari biasa ni takde pulak rasa nak makan. Pastu kalau beli kat pasar malam, tak best sebab selalunya banyak telur dari daging. Tak macam masa dulu-dulu. So lagi puas kalau buat sendiri kan... Nak letak banyak mana pun ikut suka hati kitalah. Sebab tulah aku try buat sendiri kat rumah...

Bahan-bahannya : -
1. Roti Sosej
2. Daging cincang/hancur
3. Telur
4. Sedikit serbuk kari
5. Daun bawang
6. Serbuk perasa
7. Marjerin/planta

Yang ni basic jelah. Kalau nak tambah apa-apa lagi terpulang pada citarasa masing-masing. Tapi aku cuma letak yang tu je. Malas nak tambah-tambah lagi.

Cara-caranya : -

Pecahkan telur dan masukkan daging hancur, serbuk kari, dan daun bawang. Pukul semua bahan tersebut sehingga sebati. Perasakan dengan serbuk perasa.

Belah dua roti sosej tadi dan sapukan marjerin/planta pada roti sosej.

Panaskan sedikit marjerin atas kuali leper.

Panaskan roti sosej tadi. Takyah lama sangat. Cukup dia bertukar warna perang sedikit je dah. Pastu angkat dan ketepikan.

Letakkan sesenduk kecil bancuhan telur tadi. Ratakan memanjang, sama panjang dengan roti sosej. Biarkan sehingga hampir masak sedikit. Tapi jangan masak sangat sebab takut tak melekat kat roti nanti.

Bila bancuhan telur tadi dah masak sedikit, letakkan roti sosej tadi keatas bancuhan telur tersebut. Biar ia betul-betul masak. Tekan-tekanlah sikit bagi cepat masak.

Terbalikkan roti tadi dan panaskan pula bahagian belakang roti tersebut. Bila dah masak bolehlah angkat.

Letaklah sos cili dan mayonis atas roti tu sebagai penambah perisa. Kemudian lipatkan roti tu.

Bolehlah hidang dan terus makan. Roti tu nampak penyet sebab tekan-tekan masa masak tadi. Selamat menjamu selera...

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.