Sunday, June 5, 2016

Sephora & The Body Shop haul

Masa ni sale kat The Body Shop dengan Sephora kalau tak silap.





Make Up For Ever mist ni (RM 60.00) bolehla... Mattifying primer ni pun (RM 105.00), bolehla. Nak kata matte sangat taklah, tapi kuranglah berminyak dan berkilatnya. Urban Decay punya (RM 55.00) pun not bad jugaklah. Tahan lama jugaklah. Cotton pads dia pun tebal jugak (RM 12.00 each). Aku suka guna dengan makeup remover.


The Body Shop Drops of Youth Bouncy Sleeping (RM 179.00, diskaun 10% untuk member) mask ni direkomen oleh SA nya sendiri. Katanya kulit muka aku nampak macam jatuh walaupun masih muda (padahal dia tak tahu aku dah tua..) Katanya lagi, ni elok untuk menaikkan otot muka. Cuma pakai lepas cuci muka sebelum tidur je. Lepas tu biarkan semalaman. Esok pagi bangun tidur baru bilas. Susah nak cakap hasilnya sebab aku tak rajin pakai setiap malam. Kadang-kadang je. Hehe.. Seaweed mattifying day cream (RM 65.00, diskaun 20%) ni oklah. Bila pakai, muka (tanpa mekap) kurang berminyak dan berkilat. Takdelah matte sangat tapi bolehla. Dalam bentuk krim berwarna putih.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.