Sunday, September 11, 2016

Another drugstore & online haul

Mula-mula haul daripada Hermo. Selama ni tengok je website Hermo. Asyik survey je tapi belinya tak. Nak beli tapi tak tahu nak beli apa. Dan akhirnya aku berjaya beli something kat Hermo nih. Kebetulan masa tu ada sale. So apa lagi, sambarlah apa yang patut.



Yadah Anti-Trouble Mini Kit
Masa tu brand Yadah ni ada sale. Beli 3 dengan harga RM49 je... Aku nak try Anti-T series mini kit. Kotlah ok ke. Cleanser dia macam ada bau ubat sikit tapi takdelah kuat sangat. Dia dalam bentuk botol yang ada pump. Bila pump keluar bentuk foam. Tapi tak tahan lama mana pun. Adalah dalam sebulan kot. Biasa je. Toner dia lagi sekejap. Sama jugak, ada bau macam ubat tapi tak sekuat cleanser dia. Tapi pelembap dia tahan lama sikit. Aku pakai pun tak habis-habis lagi. Tapi dia tak sesuai dengan kulit berminyak, macam aku. Sebab bila pakai dengan mekap, beberapa jam kemudian hidung aku dah mula berminyak. Itu pun pakai Make Up For Ever mattifying primer yang aku beli haritu. Tak jalan jugak. (-_-‘)

Yadah Silkyfit Concealer BB Mini Set

Yadah Auto Lip Crayon in #04 Rose Coral 
Yadah concealer tu aku tak sure dia concealer ke krim BB ke... Tapi aku guna as BB cream je. Entah kenapa aku pilih yang tu, padahal aku pun tak faham sangat nak pakai macam mana. Auto Lip Crayon tu pun sama, tak test lagi... Entah bila nak pakai pun tak tahulah :P

Etude House Drawing Eye Brow in shade #02 Gray Brown
Aku beli 2 Etude House Drawing Eye Brow sebab dulu aku suka pakai ni. Masa tu harga promosi RM12.75. Kebetulan ada sale kat Hermo, terus beli 2. (*o*) Suka guna yang ni dan warnanya kena dengan kening aku. Tapi taklah pigmented sangat. Kalau nak pekat kena tekan sikit. Dulu cari kat outlet dia takde. Tak tahulah sekarang dah ada balik ke tak..

Laneige Lip Sleeping mask ni oklah, not bad. Best pakai, especially masa tidur. Kalau korang ada bibir yang kering bolehla try this. Memang melembapkan. Bibir pun tak kering. Cuma kalau yang mengelupas tu ia just melembutkan jelah. Takdelah sampai menanggalkan kulit mengelupas tu. Tu kena tanggalkan sendiri. Biasanya lepas pakai lip mask tu kulit kering tu dah lembut, senang nak tanggal. Aku gosok dengan berus gigi untuk buang kulit yang mengelupas tu. Lepas tu pakai lip balm. Kalau rajin, pakailah hari-hari setiap malam. Mesti bibir akan jadi lembut dan licin. Takde masalah kulit kering dan mengelupas lagi. (^_^) Masa tu harga murah sikit, ada promotion. Dalam RM58.50. Oklah kan, bekas kecik tapi tahan lama tau...

Shade 120 Light/Pale
Maybelline Instant Age Rewind ni beli masa tengah kecoh-kecoh haritu. Iyelah, kat luar Malaysia orang banyak guna ni untuk concealer especially under eye. Tapi kat Malaysia takde dijual. So bila kecoh-kecoh dah ada kat Malaysia, aku pun cepat-cepat beli. Masa ni cuma dijual kat Aeon Wellness je. Sekarang most farmasi dah jual dah.. Aku pilih warna light dan guna untuk bawah mata aku ni hah. Bolehlah. Cuma kalau ada banyak pilihan warna yang lain lagi bagus. Harga masa tu RM34.90.

Watson punya haul

Shade #12 & #06
Revlon Ultra HD Matte Lipcolor (RM37.90 each) ni aku beli sebab tengok warnanya macam cantik je bila swatch. Itu yang sampai beli 2 nih.. Walaupun dia kata matte tapi takdelah mengeringkan sangat bibir aku nih. Cuma ketahanan dia tu taklah lama sangat. Lepas makan dia akan start hilang warnanya. But still ok.




Maybelline V-face Blush Contour (RM32.90, member dapat diskaun 10%) ni ada 3 dalam satu, blusher, highlight dengan contour. Tapi warnanya taklah pigmented mana. Highlight dia taklah menyerlah sangat. Contour pun sama. Biasa-biasa je. Saja beli nak try test. Garnier micellar cleansing water (RM29.90) tu oklah. Mekap senang tanggal pakai ni. Adalah rasa melekit sikit tapi tak ketara sangat. Ingatkan nak ambik botol kecik dulu nak try, terus ambik yang besar punya.. Nivea lip balm (RM11.60) tu aku biasa beli, oklah untuk melembapkan bibir. Nutox serum tu (RM 8.90), oklah. Cepat serap. Tak melekit pun. Cuma aku tak surelah perbezaannya lepas pakai ni. Yang ni saiz kecik je tau.

Concealer L.A Girl ni aku beli melalui instagram. Tak ingat kat mana, harga pun rasanya dalam RM25 satu kalau tak silap. Kat Malaysia susah nak dapat (rasanya ada kedai fizikal kat Cheras kot jual concealer ni). Beli warna oren untuk under eye dan hijau untuk parut jerawat aku ni. Oklah. Kuranglah sikit... Tapi kena cover balik dengan concealer biasalah, nak tutup warna oren dan hijau tu supaya tak nampak ketara sangat. Aku guna Maybelline mineral concealer untuk cover. Oklah, not bad.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.