Monday, October 10, 2016

Hermo & Sephora haul pt.2


Bahagian kedua - Sephora haul

Masa ni Sephora ada buat sale untuk member. Dapat 20% diskaun, tapi taklah banyak pun aku beli. Cuma 3 jenis barang je.

1. Urban Decay Naked 2 Basic eye shadow palette - harga RM 120.00
Dah lama plan nak beli eyeshadow palette Urban Decay ni. Baru kali ni berkesempatan nak membelinya. Tapi itulah, beli tapi tak guna-guna pun.. Heheh..


2. Too Faced Born This Way Foundation (Natural) - harga RM 152.00 
Yang ni pun tak plan nak beli. Tapi bila tengok review macam okay je so aku pun belilah jugak. Tapi tulah salah pilih shade. Patutnya aku ambil yang shade yang cerah sikit. Bila pakai nampaklah macam gelap sikit dari warna kulit asal. Cuma lama kelamaan ia akan ikut warna kulit aku lepas pakai foundation ni. Tapi bolehlah kalau nak pakai jugak. Nak kata matte sangat tak jugak. Still rasa berminyak cuma taklah berkilat ke apa. Medium to full coverage. Aku biasa guna sikit je sebab takut nanti nampak macam terlebih letak pulak kan. Tapi bolehla...

3. Sephora Brow Enhancer - harga RM 44.00
Yang ni pulak aku beli konon-konon nak highlight kat bawah kening tu. Tapi tulah, bila pakai nampak macam warna highlight pink pulak kat situ. Hurmmm...

So itu jelah haul kali ini. Till next time..

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.